Ayah banyak merahsiakan
sesuatu daripada anak dia…Dan di bawah ini adalah rahsia yang dipendam oleh
seorang ayah demi kebahagiaan anak dia…:’(….
Mungkin ibu lebih kerap menelefon
utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah
yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi
tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih
ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit @ demam, ayah sering membentak “sudah
diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah
dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin
menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan
peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia
menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke
sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita,
ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu
berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan
untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk
mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan
akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan
nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat
pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat
bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn
baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..
Setelah itu ayah hanya akan
menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk
menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga
kita..
P/s: Mari kita sayang kedua ibu
bapa kita sementara mereka masih hidup……..
No comments:
Post a Comment